Global Historical Climatology Network
Global Historical Climatology Network

Global Historical Climatology Network

Global Historical Climatology Network (GHCN; lit. Rangkaian Klimatologi Bersejarah Global) ialah set data mengenai rekod suhu, kerpasan dan tekanan yang diuruskan oleh National Climatic Data Center (NDCC), Universiti Negeri Arizona dan Carbon Dioxide Information Analysis Center. Data agregat yang telah dikumpul diperoleh daripada stesen meteorologi kekal yang terus melaporkan secara berterusan di permukaan Bumi. Pada tahun 2012, terdapat 25,000 stesen meteorologi dalam 180 negara dan wilayah yang direkodkan dalam data set Global Historical Climatology Network. Beberapa contoh pembolehubah pemantauan ialah jumlah kerpasan harian yang terbentuk serta suhu maksimum dan minimum.[1]Idea asal pembikinan aplikasi data GHCN-M adalah untuk menyediakan analisis iklim dunia untuk set data yang memerlukan pemantauan secara harian. Tujuannya adalah untuk mencipta set data bergariskan asas global yang boleh disusun daripada stesen meterologi di seluruh pelosok dunia.[2]GHCN ialah salah satu kompilasi rujukan utama data suhu yang digunakan untuk klimatologi, dan merupakan asas bagi Rekod Suhu GISTEMP. Peta yang dipaparkan menunjukkan 7,280 buah stesen metreologi yang tetap dalam katalog GHCN, yang berkodkan warna mengikut panjang rekod yang telah disimpan dalam tahun yang tersedia. Tapak yang dikemas kini secara aktif dalam pangkalan data (2,277) ditandakan sebagai "active" (aktif) dan ditunjukkan dalam simbol yang besar, manakala tapak yang lain ditandakan sebagai "historical" (bersejarah; bekas) dan ditunjukkan dalam simbol kecil. Dalam sesetengah kes, tapak stesen yang bersejarah masih mengumpul/menyediakan data tetapi disebabkan oleh kelewatan pemprosesan data (lebih sedekad dalam beberapa kes yang dirujuk) menyebabkan tidak menyumbang data kepada anggaran suhu semasa.

Berkaitan